Nigeria terima ventilator daripada Trump

LAGOS, 12 OGOS – Nigeria telah menerima 200 ventilator dari Amerika Syarikat untuk membantu memerangi COVID-19, janji yang dibuat oleh Presiden Donald Trump pada bulan April, kata pegawai kesihatan hari ini.

“Barang-barang itu diterima oleh menteri kesihatan, Dr Osagie Ehanire, dari duta besar AS ke Nigeria, Mary Leonard, di Abuja semalam,” kata seorang pegawai kanan di pejabat menteri itu kepada AFP.

Ehanire mengucapkan terima kasih kepada “Presiden Donald Trump dan pemerintah AS atas pertimbangan yang baik dan sikap ramah,” tambah sumber itu. – AFP