Sunday, February 16, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nigeria terpaksa berpuas hati

    ABUJA, 29 Mei – Nigeria bermula garang sebelum aksi Piala Dunia namun diikat seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan menentang DR Congo di Stadium Adokiye Amiesimaka di Port Harcourt, semalam.

    Nigeria yang diundi dalam Kumpulan C bersama Argentina, Croatia dan Iceland, hanya memerlukan 14 minit untuk membuka jaringan selepas terlepas beberapa peluang awal bagi jaringan pembukaan dan perlu berterima kasih kepada penjaga gawang Francis Uzoho selepas menyelamatkan keadaan pada separuh masa kedua.

    William Troost-Ekong telah menjaringkan gol buat Super Eagles, pemain pertahanan Bursaspor kelahiran Belanda itu telah memanfaatkan lontaran lemah selepas Kelechi Iheanacho cuba menolak sepakan percuma kapten Ogenyi Onazi.

    Congo lebih menguasai perlawanan sepanjang tempoh 90 minit namun pelawat hanya berpeluang menyamakan kedudukan 12 minit sebelum perlawanan berakhir setelah Issam Mpeko menjaringkan gol penalti berikutan kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan gantian Ola Aina.

    Iheanacho (tengah) mengawal bola daripada dipintas oleh pemain Congo di Stadium Adokiye Amiesimaka, kelmarin. – AFP

    Nigeria beraksi baik dengan sepakan kaki kiri Simeon Nwankwo dari jarak dekat terkena palang, yang menyaksikan penjaga gawang Congo sudah tertewas.

    Penyerang Leicester City Kelechi Ihenacho bergelut dalam perlawanan dan mensia-siakan peluang apabila mendapatkan bola daripada bahagian tengah.

    Sebelum itu, penyerang Bournemouth Benik Afobe menguji keupayaan Uzoho selepas mendapat peluang namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang muda Deportivo La Coruna.

    Selepas masa rehat berakhir, kedua-dua pasukan mencipta peluang biarpun Uzoho terpaksa menyelamatkan percubaan dua kali sebelum kesilapan sewaktu penalti yang memberikan Mpeko gol penyamaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda