Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Night Fun Run’ 28 Okt nanti

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Andika Samudera Event Management hari ini mengadakan sidang media untuk mengadakan Mini Festival Seni Bela Diri 2017 pada 27 hingga 29 Oktober 2017.

    Pengarah Urusan Andika Samudera Event Management, Awang Suherdy bin Suli berkata semasa sidang media, Mini Festival ini juga dianjurkan sebagai pembuka acara bagi Festival Seni Bela Diri 2017 dengan kerjasama Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan sempena Brunei December Festival 2017 yang akan diadakan di hujung bulan Disember.

    Di antara program yang akan diselitkan dalam Mini Festival ini ada ‘Night Fun Run’ yang akan diadakan pada 28 Oktober 2017.

    Larian ini akan diadakan bermula di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan mengelilingi bandar sejauh 5km. Meskipun tarikh pendaftaran sudah dibukakan pada 1 Ogos sehingga 15 September 2017, namun atas permintaan orang ramai, tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga 27 September 2017 dan pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 28hb September 2017.

    Pihak penganjur ketika memperkenalkan pakaian untuk ‘Night Fun Run’ yang akan diadakan pada 28 Oktober nanti.

    Pihak pengurusan berharap ini akan memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai larian ini dan dengan rasa rendah mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan orang ramai untuk menjayakan acara ini nanti. Dalam acara ini, kira-kira 50 cabutan bertuah akan disediakan untuk dimenangi dan hadiah wang tunai bagi tiga pelari terpantas larian.

    Antara tujuan festival ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan adanya pelbagai jenis seni bela diri yang ada di negara ini terutamanya silat.

    Pihak penganjur juga akan mengadakan bazar di Dermaga Diraja bermula dari 27 hingga 29 Oktober 2017. Dan bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi di talian 8890892.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda