Nike beli saham syarikat media milik LeBron

NEW YORK, 15 OKT – Pembekal barangan sukan Amerika Syarikat, Nike dan penerbit permainan video, Epic Games telah membeli saham minoriti ‘signifikan’ dalam syarikat media dan hiburan yang diasaskan oleh bintang bola keranjang, LeBron James, menjadikan nilainya kepada AS$725 juta.

Pelabur lain dalam syarikat SpringHill milik James termasuk firma ekuiti persendirian, RedBird Capital Partners dan Fenway Sports Group, yang merupakan pemilik kelab bola sepak England, Liverpool FC dan francais pasukan bola lesut, Boston Red Sox.

SpringHill enggan mendedahkan kepada AFP berapa besar saham pelaburan yang dibuat.

Berikutan pembelian tersebut, James dan ketua eksekutif SpringHill, Maverick Carter, sahabat karib kepada pemain Los Angeles Lakers itu, masih memegang syarikat, menurut kenyataan. Diasaskan pada 2007, SpringHill menjadi alat bagi peniagaan, media dan televisyen James.

Dia menggunakannya untuk melancarkan Uninterrupted pada 2015, platform media yang membolehkan atlet untuk meluahkan diri mereka secara langsung berbanding melalui media tradisional. – AFP

Syarikat Nike dan Epic Games telah membeli saham minoriti dalam syarikat media yang diasaskan oleh LeBron James. – AP