Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

Nikita Mirzani bebas tuduhan fitnah

Pelakon, Nikita Mirzani mendedahkan mengalami kerugian besar selepas dua bulan ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan fitnah terhadap Dito Mahendra sebelum ini.

Dakwa Nikita, jadual kerjanya yang sudah dirancang sehingga Februari 2023 terpaksa dibatalkan disebabkan kes mahkamah yang dihadapinya ketika ini.

“Saya mengalami kerugian besar sepanjang dua bulan dan dua minggu ditahan polis.
“Ketika ditahan, saya tak tahu bila akan dibebaskan jadi lebih baik batalkan semua kerja… namun saya bersyukur pihak terlibat tidak meminta sebarang ganti rugi.

“Semoga saya dapat bekerjasama dengan mereka lagi,” katanya.

Nikita sebelum ini ditahan pihak berkuasa selepas terlibat dengan dakwaan penyebaran fitnah melibatkan Dito Mahendra.

Sepanjang perbicaraan kes tersebut, nama Nikita sering mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tegas mempertahankan kebenaran selain kekal dengan pendirian tidak bersalah.

Mahkamah pada 29 Disember lalu membebaskan selebriti kontroversi itu daripada sebarang pertuduhan selepas Dito gagal menghadirkan diri sepanjang empat kali perbicaraan kes berkenaan. – Agensi

Nikita Mirzani mendedahkan dia mengalami kerugian besar selepas ditahan pihak berkuasa berhubunag dakwaan fitnah terhadap Dito Mahendra. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -