Wednesday, November 13, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Mirzani cari pekerja restoran, ugut jangan buat perangai

    Ceburi bidang baharu, pelakon Indonesia, Nikita Mirzani bakal memulakan perniagaan makanan dengan membuka sebuah restoran tidak lama lagi.

    Memetik laporan mStar, lebih menarik, restorannya tertumpu kepada penyajian makanan asli Indonesia iaitu mi ayam dan bakso.

    Dalam pada sibuk melakukan persiapan untuk pembukaan restorannya, Nikita turut menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai.

    “Seminggu dari sekarang saya akan buka restoran mi ayam dan bakso, jadi saya tengah cari pekerja. Ada ke yang mahu?” katanya menerusi sesi siaran langsung.

    Menurut Nikita, dia hanya mencari individu yang amanah serta berperangai baik untuk dijadikan pekerja.

    Jelasnya, dia sanggup untuk menghukum pekerja yang tidak jujur malah menyeksa mereka sekiranya ingkar arahan.

    “Kerja dengan baik, jangan sampai ada yang mencuri, menipu, kaki bergaduh dengan orang lain.

    “Kalau saya tahu…sebelum saya pecat, saya akan seksa awda dahulu baru saya lepaskan. Jangan main-main dengan majikan seperti saya,” jelasnya.

    Sementara itu, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan cara Nikita menawarkan kerja malah ada yang menyifatkan pelakon itu sebagai majikan yang kejam dan tidak berhati perut. – Agensi

    Nikita tegas beri amaran kepada bakal pekerja. – viva.co.id
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda