Nikita Mirzani mengaku dapat banyak wang

Pelakon terkenal dari Indonesia, Nikita Mirzani cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang tidak pernah sepi daripada kontroversi dan sering terkait konflik termasuklah sesama rakan artis.

Menurut laporan Tabloid, Nikita mengakui kontroversi panas itu tidak merugikan sebaliknya memberikan banyak keuntungan.

Katanya, ketika nama disebut-sebut warganet dia menerima banyak tawaran produk di media sosial dan mampu menjana pendapatan lumayan.

“Lumayan, dapat macam-macam endorsan! Sekarang ini bolehlah bayar untuk ansuran rumah, cumanya tahun ini bayaran agak berkurang.

“Mungkin sebab tahun lalu kes saya besar-besar, bergaduh dengan nama besar tapi sekarang ini tidak ada yang hendak dilawan. Lagipun Instagram lama saya sudah digodam.

“Sebenarnya konflik itu membawa untung juga tapi dalam masa sama ada yang tidak baik juga, seperti dibuli di media sosial,” katanya.

Ditanya bayaran untuk setiap tawaran produk di media sosial, Nikita enggan mendedahkan angka sebenar diterima. – Agensi

Nikita Mirzani cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang tidak pernah sepi daripada kontroversi dan sering terkait konflik termasuklah sesama rakan artis. – Agensi