Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikita Willy buka cerita buat rawatan kesuburan

    Pelakon, Nikita Willy mengumumkan sedang hamil anak pertamanya selepas berjaya menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).

    Namun siapa sangka isteri kepada Indra Priawan ini sebenarnya sudah menjalani program kesuburan IUI selepas enam bulan bernikah.

    Semuanya dilakukan agar mereka cepat dikurniakan zuriat.

    “Sebelum ini saya pernah menjalani rawatan kesuburan IUI, Alhamdulillah waktu itu telur banyak dan saya pun diberikan ubat.

    “Lepas itu doktor memaklumkan telur sudah ready dan rahim saya pun sudah diberikan ubat penguat selama dua minggu,” ceritanya menerusi saluran YouTube.

    Bagaimanapun pada ketika proses berkenaan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

    Nikita memberitahu tanpa dijangka dia datang haid dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut sehinggalah ia disahkan doktor.

    Namun dia bersyukur kali ini rawatan kesuburan tersebut membuahkan hasil dan berharap semuanya berjalan lancar.

    Untuk rekod, Nikita Willy berkahwin dengan Indra Priawan pada Oktober 2020. – Agensi

    Nikita Willy isteri kepada Indra Priawan bersyukur rawatan kesuburan IUI yang dilakukannya kali ini membuahkan hasil dan berharap semuanya berjalan lancar. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda