Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Nikki Palikat ambil cuti balik kampung

    Sibuk dengan aktiviti seni sepanjang April, penyanyi Nikki Palikat akan pulang ke kampungnya di Sabah pada penghujung Mei bagi menyambut Hari Kaamatan.

    Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat berkata kali terakhir dia bertemu ibu dan bapanya sebelum program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bermula.

    Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, dia akan bercuti panjang selama dua minggu untuk meluangkan masa dengan keluarganya di sana.

    “Saya akan balik Sabah tapi dalam hujung bulan Mei sebab fiesta Kaamatan. Jadi, nak juga jumpa keluarga. Saya pun dah lama tak balik jumpa mereka di sana,” kata Nikki kepada mStar.

    Untuk rekod, naib juara GV8 itu berasal dari Tambunan, Sabah dan berketurunan kadazan dusun.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Sudah ini mengakui dia perlu kerap pulang ke kampung kerana kedua ibu bapanya sudah semakin dimakan usia.

    “Sebenarnya saya balik pun nak jumpa ibu dan bapa saya. Bila dah meningkat usia ini, saya rasa dah kena lebih kerap balik berjumpa dengan mereka,” ujarnya. – Agensi

    Nikki mahu ambil cuti panjang balik ke kampung di Sabah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...