Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Nikmati aktiviti lasak di Seohaerang Trail

    KOREA SELATAN – Laluan pejalan kaki baharu di sepanjang pantai barat di Seohaeranggil, atau Seohaerang Trail telah dibuka kepada orang ramai, yang tepat pada masanya untuk permulaan musim cuti musim panas.

    Terbentang sejauh 1,800 kilometer, Seohaeranggil kini merupakan laluan pejalan kaki terpanjang di negara itu. Ia bermula di hujung selatan Semenanjung Korea di Haenam, wilayah Jeolla Selatan, hingga sampai ke utara menuju ke Ganghwado, sebuah pulau di pantai barat kira-kira sejam dari Seoul.

    Laluan itu membentuk bahagian ketiga projek Korea Trail sepanjang 4,500 kilometer, yang apabila siap akan menghubungkan semua kawasan pantai serta wilayah sempadan antara Korea.

    Laluan Haeparang di sepanjang pantai timur dibuka pada 2016 dan Laluan Namparang di sepanjang pantai selatan pada 2020. Kedua-dua laluan itu masing-masing menjangkau kejauhan 750 kilometer dan 1,470 kilometer.

    Laluan Haeparang bersambung dengan laluan Namparang di Busan, dan laluan Namparang bertemu laluan Seohaerang baharu di Haenam, wilayah Jeolla Selatan. Projek Korea Trail dijadualkan siap tahun depan dengan pembukaan bahagian akhir, DMZ Peace Trail sepanjang 524 kilometer.

    Laluan Taean 70 di sepanjang Bukit Pasir Pantai Taean Sinduri, di Taean, Wilayah Chungcheong Selatan. – ANN/The Korea Herald

    Laluan Seohaerang mempunyai 109 laluan, kebanyakannya menghadap getbol, ​​atau dataran pasang surut Korea, dan kawasan kejiranan luar bandar.

    Laluan Seohaerang melalui empat wilayah dan sebuah bandar utama wilayah Selatan dan Utara Jeolla, wilayah Chungcheong Selatan, wilayah Gyeonggi dan Incheon.

    Berbanding dengan laluan lain yang agak mudah dan sesuai walaupun untuk orang baharu, laluan Seohaerang mempunyai beberapa laluan berbentuk unik, disebabkan perbezaan besar julat pasang surut di pantai barat.

    Untuk lima daripada bahagian tersebut, laluan berubah bergantung pada air pasang. Semasa air pasang, pejalan kaki boleh memilih laluan alternatif yang lebih selamat. Beberapa acara telah dianjurkan untuk menandakan pembukaan laluan itu.

    Melalui laman sesawang pemandu pelancong berjalan kaki Durunubi, hadiah akan diberikan kepada mereka yang melengkapkan satu atau lebih laluan Seoharang melalui cabutan terbuka.

    Selain itu, mereka yang menyertai My Own Seoharanggil Photo Contest dengan gambar paling popular akan mendapat peluang untuk memenangi hadiah.

    “Kami menjangkakan DMZ Trail akan dibuka secara rasmi awal tahun depan, yang akhirnya akan menghubungkan utara, selatan, timur dan barat semenanjung,” kata pengurus pasukan projek Korea Trail di Organisasi Pelancongan Korea.

    “Mulai separuh kedua tahun ini, kami akan menumpukan pada papan tanda yang yang bersesuian dalam bahasa Inggeris, Cina dan Jepun, yang diharapkan dapat membantu pelancong asing dan agensi pelancongan mereka. Papan-papan tanda tu termasuk panduan ke restoran dan penginapan yang terletak dalam jarak satu kilometer dari mana-mana laluan Korea Trail,” menurut pegawai itu.

    Pada masa ini, maklumat laluan berasaskan GPS untuk pengembara tersedia dalam bahasa Korea di laman sesawang Durunubi. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...