Nikmati ganjaran apabila beli tayar Pirelli

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Tyremart kini memberi ganjaran kepada para pelanggan yang membeli tayar jenama Pirelli dengan promosi terkini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Tyremart, pelanggan yang membeli tayar Pirelli dan berbelanja pada jumlah minimum akan menerima hadiah cenderahati berupa baju-T polo berkualiti atau pembesar suara Bluetooth mini, bergantung pilihan pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah menarik dalam cabutan bertuah.

Hadiah utama cabutan berkenaan adalah Apple iPad Air 4, sementara itu, 30 orang akan dipilih bagi memenangi sarung dan penyokong komputer riba dan 20 pemenang akan menerima earbud Pirelli.

Salah seorang pelanggan menerima baju-T sebagai hadiah cenderahati semasa membeli tayar Pirelli. – Gambar serahan Tyremart