Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nikmati keajaiban Changdeokgung yang diterangi cahaya bulan

    KOREA SELATAN – Siri pertama daripada Lawatan Cahaya Bulan yang diadakan dua kali setahun di Istana Changdeokgung akan bermula pada 21 April, mengalu-alukan tetamu ke malam musim bunga yang indah di istana diraja.

    Lawatan yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit itu dianjurkan oleh Pusat Istana dan Makam Diraja Pentadbiran Warisan Budaya dan Yayasan Warisan Budaya Korea.

    Pengunjung boleh menikmati pemandangan malam di pusat bandar Seoul sambil mendengar bunyi daegeum, alat tiupan kayu tradisional Korea, di taman Nakseonjae. Tarian selama 10 minit bertemakan Putera Hyomyeong, anak kedua Raja Taejo, akan dipersembahkan di Dewan Yeongyeongdang semasa lawatan itu.

    Huijeongdang, yang asalnya tempat raja beradu dan kemudian berubah menjadi pejabat raja dan kawasan menerima tetamu, akan terus dibuka kepada orang ramai semasa lawatan cahaya bulan tahun ini. Ini adalah kali pertama dewan dibuka pada waktu malam. Bangunan ketika ini dibina pada tahun 1920 selepas ia dibakar sepenuhnya pada tahun 1917.

    Lawatan waktu malam beroperasi dari 21 April hingga 12 Jun pada Khamis hingga Ahad setiap minggu. Lawatan diadakan empat kali setiap malam, bermula 7:20 malam, dan lawatan terakhir pada 8:05 malam. Hanya 25 pelawat dibenarkan setiap sesi.

    Penjualan tiket secara dalam talian melalui Interpark, dan 30,000 won setiap orang. Semua pelawat mesti membeli tiket dalam talian kecuali orang kurang upaya dan warga emas berumur 65 tahun ke atas, yang boleh menempah tiket melalui telefon dan membeli tiket di lokasi. – ANN/The Korea Herald

    Gambar fail menunjukkan persembahan malam diadakan di Changdeokgung semasa lawatan cahaya bulan pada tahun 2021. – ANN/The Korea Herald
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...