Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Nikmati keenakan roti sambil bersantai di kedai bakeri

    SEOUL – Sepanjang dua dekad yang lalu, kedai-kedai roti francais berkembang pesat di seluruh Korea sehingga pertumbuhan itu dikatakan terdapat sekurang-kurangnya sebuah kedai roti di setiap sudut menawarkan kek dan pastri.

    Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan, kedai roti yang menghidangkan sesuatu yang segar dari ketuhar bersama minuman hangat telah meningkat, bukan sahaja di bandar besar tetapi lebih kerap di pinggir bandar. ‘Kedai roti destinasi’ ini menarik pelanggan dengan hiasan dalaman yang unik dan menu kreatif yang dikemas kini dengan kerap.

    Tempat duduk yang luas merupakan satu lagi sebab populariti kedai roti mega di kalangan mereka yang ingin bersantai, selalunya untuk menikmati pemandangan yang menarik di luar tingkap.

    Kedai roti destinasi biasanya terletak satu atau dua jam menggunakan kereta dari bandar, menjadikannya sesuai untuk makan tengah hari istimewa hujung minggu.

    Yangsuri Bread Factory, di Yangpyeong, wilayah Gyeonggi, adalah salah satu tempat tersebut. Kedai roti lima tingkat dengan pemandangan panoramik Dumulmeori di mana dua cabang Sungai Han bertemu menampilkan dapur terbuka di mana tukang roti boleh dilihat menguli doh di sebelah dan menghias pastri di sebelah yang lain.

    Cef pastri menambah inti pada doh di dapur Yangsuri Bread Factory. – ANN/The Korea Herald

    Pemandangan dari dalam kedai roti Kafe dan Bakeri P.Ark Cafe di Yeongdo, Busan. – ANN/The Korea Herald
    Kelihatan croissant disusun di atas dulang yang siap untuk dihidangkan kepada pelanggan. – ANN/The Korea Herald
    Donat dakwat sotong berinti krim keju. – ANN/The Korea Herald
    Yangsuri Bread Factory, di Yangpyeong, Wilayah Gyeonggi, kedai roti lima tingkat dengan pemandangan panoramik Dumulmeori. – ANN/The Korea Herald

    Jika tidak tahu untuk memilik pelbagaian hidangan yang ditawarkan, bantuan tersedia: hidangan paling popular diletakkan di atas dulang bernombor satu hingga tiga, manakala cadangan kakitangan ada pada paparan berasingan.

    “Untuk memilih roti terbaik, kakitangan kami, termasuk pembuat roti, mengadakan sesi merasa empat kali setahun. Kami boleh memberitahu pelanggan bergantung pada pilihan kami dan kami sangat berbangga dengan itu,” Yang In-hye, pengurus kedai, memberitahu The Korea Herald.

    Meja teres luaran ditempah sepenuhnya pada hujung minggu oleh pemilik haiwan peliharaan dan keluarga dengan anak kecil, menurut Yang. Semua hidangan bakar dihasilkan dan dijual pada hari yang sama, manakala hidangan yang tidak terjual disumbangkan kepada Pushpin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong komuniti kejiranan.

    Jika awda berjalan kaki dari Terminal Pelayaran Antarabangsa Busan selama 10 minit, awda akan menjumpai Kafe dan Bakeri P.Ark, iaitu salah sebuah kedai roti terbesar di Yeongdo. Ia dibuka setiap hari.

    Pada setiap petang Sabtu, semua lapisan umur pelanggan daripada pasangan muda hingga keluarga besar sibuk memilih pelbagai jenis roti dan hidangan bakar lain.

    “Saya baru-baru ini menemui tempat ini di laman sesawang popular dengan senarai kedai roti yang boleh awda kunjungi berhampiran Busan,” kata seorang lelaki berusia 60an.

    “Isteri saya sangat arif dalam hal roti, dan baginya tempat ini adalah yang terbaik. Saya menyukai pemandangan indah ini yang bertukar warna apabila saya datang, jadi kami kerap memandu ke sini.” Salah satu hidangan istimewa yang dicipta oleh kedai roti itu ialah donat dakwat sotong berinti krim keju, yang sentiasa habis dijual.

    Sebuah hutan tropika tertutup kecil terletak di tengah-tengah, menjadikan kedai roti seperti tempat percutian itu sendiri.

    “P.Ark bermaksud Platform of Ark for Creators. Berpusat di sekitar kedai roti di mana kami menarik majoriti pelanggan, semua ruang lain yang disediakan di bangunan ini memberikan pengalaman holistik, sambil menikmati roti dan kopi,” kata seorang kakitangan kedai kepada The Korea Herald.

    Destinasi ketiga pula adalah kedai roti The Frangerie yang mempunyai lima cawangan di seluruh Seoul dan wilayah Gyeonggi. Yang terbesar dan dibuka pada bulan September lalu, terletak di Sinchon Seoul. Kedai roti dua tingkat itu menghidangkan pelanggan di tingkat bawah manakala dapur terletak di tingkat atas.

    Daripada 150 jenis hidangan bakar yang keluar dari ketuhar tiga kali sehari, roti epal adalah hidangan yang paling istimewa. Nampak seperti epal merah terang, isinya terdiri daripada jem epal yang kaya dan krim keju.

    “Memandangkan kami terletak di pusat bandar, kami juga menggunakan aplikasi penghantaran seperti Coupang Eats dan Baemin. Tetapi lebih ramai orang datang menjamu selera pada hujung minggu untuk menikmati dalaman dan muzik kami yang tenang dan unik yang sukar ditemui di kedai roti francais lain berdekatan,” kata seorang pengurus kedai baru-baru ini. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...