Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nikmati keselesaan di Aman Hills

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Orang ramai boleh menikmati keselesaan di Aman Hills Hotel & Serviced Apartments dengan pelbagai kemudahan, di mana setiap biliknya direka dengan gaya yang menarik, luas dan perkhidmatan juga pasti tidak mengecewakan.

    Dengan harga yang terjangkau, Aman Hills Banquet Hall adalah tempat yang paling sesuai dengan Bilik Deluxe Twin menunggu pelanggan untuk menganjurkan apa-apa acara untuk meraikan hari istimewa dalam hidup anda.

    Dengan konsep gaya perkampungan yang mampu menampung sehingga 1,000 tetamu dan bankuet meja bulatnya pula boleh menampung sehingga 860 orang amat sesuai untuk semua majlis.

    Perhatian dan pertimbangan juga akan diberikan kepada setiap perincian acara anda bagi memastikan anda meninggalkan dewan berkenaan dengan kepuasan.

    Aman Hills Banquet Hall akan siap menjelang akhir bulan September dan kini dibuka untuk pertanyaan dan tempahan.

    Bilik Deluxe Twin yang ditawarkan di Aman Hills Hotel & Serviced Apartments.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda