Nikmati pemandangan indah di ladang bunga matahari
BAGAN DATUK – Orang ramai tidak perlu menunggu pintu sempadan negara dibuka untuk menikmati pemandangan ladang bunga matahari yang luas di negara jiran, Thailand kerana kini mereka boleh menikmati pengalaman yang sama di Bagan Datuk. Keindahan flora berwarna terang itu dapat dinikmati di ladang seluas 0.8 hektar di Bagan Sungai Burung di sini, menjanjikan panorama






























