Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Nilai eksport Malaysia dijangka cecah RM1.2 trilion

-

KAJANG, 28 NOV – Nilai eksport negara dijangka mencecah RM1.2 trilion pada tahun ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk prestasi nilai eksport sebanyak RM1.24 trilion dan negara dapat mencapainya empat tahun lebih awal daripada sasaran.

Katanya lebih membanggakan apabila negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM114 bilion bagi tempoh Oktober lepas yang merupakan nilai tertinggi pernah dicatatkan.

“Ini membuktikan langkah kerajaan untuk membuka semula sempadan sama ada daerah, negeri dan negara telah memberi keyakinan kepada pelabur tempatan dan asing untuk terus melabur di negara ini,” katanya pada sidang media selepas Program Semarak Prihatin Negeri Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini. – Bernama

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika sidang media selepas program Semarak Prihatin Selangor Bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, kelmarin. Datuk Seri Mohamed Azmin berkata nilai eksport negara dijangka mencecah RM1.2 trilion pada tahun ini. –Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -