Nilai-nilai murni terserlah ketika bencana

NEW YORK – Tatkala dunia sedang berdepan penularan koronavirus dengan semua tajuk utama akhbar memaparkan segalanya di muka depan, Nashville dilanda dengan kejadian puting beliung yang dahsyat sehingga mengorbankan beberapa jiwa, sementara kanak-kanak lainnya menjalani kehidupan ketika mereka berpisah dari rakan sekelas yang mereka sayangi untuk berlindung di rumah.

Tetapi satu-satunya berita buruk tersebut tidak menceritakan kisah keseluruhannya. Beberapa hari kemudian, Associated Press memulakan siri hariannya ‘One Good Thing’ untuk mencermin-kan pengorbanan yang dibuat untuk kebaikan orang lain yang kebiasaannya tidak akan disiarkan di dalam berita, tetapi mungkin sentiasa layak disiarkan.

Sejak 17 Mac, apabila seorang ibu dari Norway cuba untuk meniup lilin kek hari jadi dengan perlahan bagi dua orang anaknya yang sedang dikuarantin dengan meminta menerusi sosial media kepada orang ramai untuk menyampaikan kepada anak-anaknya itu, terdapat 35 buah cerita mengenai cerita-cerita harian bagaimana orang yang menjalankan kehidupan seharian cuba untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain. Beberapa cara dibuat dengan besar-besaran dan kecil-kecilan, sebilangan yang lain hanya menulis di atas papan bagaimana orang yang menjalankan kehidupan seharian cuba untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain.

Sebilangan yang lain hanya menulis mesej-mesej di atas papan menggunakan kapur duduk di tepi-tepi jalan mengucapkan terima kasih ke atas pekerja-pekerja penjagaan kesihatan di hospital New Orleans atas usaha mereka.

Muzik telah menjadi tema utama. Sebuah siri menceritakan ahli bomba di Rio mengongsikan cintanya terhadap muzik dari tangga hidraulik yang berketinggian 150 kaki apabila dia bermain trompet untuk penghuni pangsapuri; persembahan maya ‘Bolero” dari Orkestra kebangsaan Perancis, dengan setiap pemuzik bermain bersendirian di rumah dan komuniti koir maya dengan ahli di seluruh dunia membuat persembahan pada setiap hari Ahad.

Pengayuh berbasikal profesional Perancis, Davide Martineli, memberikan ubat-ubatan kepada Cristina di kediaman orang tua di Lodetto, berdekatan Brescia, Utara Itali. – AFP
Antara pemain trompet mengalunkan muzik ketika perintah berkurung untuk membantu mengawal koronavirus di Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
Kakitangan Yayasan Pertubuhan Pashupatinath memberi makan burung-burung ketiak perintah berkurung di Kathmandu. Kakitangan memastikan binatang-binatang dan burung supaya tidak kelaparan semasa koronavirus. – AFP

Jika muzik boleh melembutkan jiwa, makanan mengenyangkannya. Ada enam kisah yang menceritakan tentang dermawan yang memberi makan pekerja kesihatan, orang miskin, orang tua yang di bawah perintah berkurung, bahkan sukarelawan memberi makan haiwan lapar di sebuah kuil Hindu yang dihormati di Kathmandu, Nepal.

Terdapat juga makanan dari Brooklyn yang disediakan oleh Frischman untuk mangsa Holocaust yang terselamat yang menjalankan perintah berkurung. Sehari kemudian selepas beritanya disiarkan, sumbangan mencurah-curah dan kini Frischman mempunyai sokongan kewangan untuk mereka yang memerlukan makanan.

Satu tambang mudah ‘Solidarity Menu’ dimulakan oleh Emiliano Moscoso, yang mempunyai rantaian kedai makan burger di Colombia untuk diberikan kepada kawasan kejiranan yang miskin di Bogota.

Penghantaran bekalan menyelamatkan nyawa menjadi jalan cerita, dari penunggang basikal di Itali yang telah beralih dari perlumbaan menentang pesaing kepada perlumbaan menghantar ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan, ke perkhidmatan penghantaran pelajar Yale, Liam Elkind, sebulan setelah melaporkan tentang usaha yang mereka lakukan.

“Kami membuat lebih dari 1,000 penghantaran seminggu sekarang, dan lebih 10,000 orang sukarelawan telah bergabung dengan kumpulan kami. Saya merasa saya belum tidur dalam beberapa dekad, tetapi sejujurnya, saya tidak pernah merasa lebih bertenaga,” katanya.

Wira muncul di kalangan anak-anak muda, dari Nova Knight, mercun yang berusia 5 tahun di Alaska meminta kohortnya untuk mencuci tangan dan menangguhkan permainan, kepada TJ Kim, 16 tahun, yang tidak memandu tetapi boleh terbang. Dia menggunakan kebolehan untuk menghantar bekalan perubatan yang diperlukan di perkampungan Viriginia.

Cerita-cerita tersebut telah tersebar di seluruh dunia, dari Colombia ke Nepal, ke Itali, Perancis, Sepanyol, Brazil, Israel, Indonesia dan Korea Selatan di mana Kim Byung-rok, mendermakan sebidang tanah untuk membantu mengumpul dunia untuk menentang koronavirus.- AFP