Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai pasaran Jepun positif

    TOKYO, 21 Sept – Harga di Jepun naik sedikit pada Ogos, menurut data kerajaan hari ini, tatkala ekonomi ketiga terbesar itu meneruskan pergelutannya dengan deflasi.

    Inflasi mencecah 0.9 peratus pada Ogos, masih jauh di bawah sasaran dua peratus oleh Bank Jepun, walaupun lebih tinggi berbanding 0.8 peratus pada Julai dan Jun dan 0.7 peratus pada Mei.

    Angka terbaharu itu adalah sejajar dengan konsensus pasaran.

    Dengan makanan segar dan minyak kehabisan, harga naik sedikit, hanya 0.4 peratus pada Ogos, kata kementerian hal ehwal dalam negeri.

    Jepun telah bergelut dengan deflasi bertahun-tahun lamanya dan dasar mata wang yang amat longgar oleh bank pusat nampaknya mempunyai kesan yang terhad.

    Orang ramai melihat papan saham elektronik di Tokyo, pada 18 September lalu. Harga di Jepun naik sedikit pada Ogos, menurut data kerajaan, tatkala ekonomi ketiga terbesar itu meneruskan pergelutannya dengan deflasi. – AP

    Bank Jepun tidak akan menambah kadar faedah untuk tempoh yang dilanjutkan, kata ketuanya selepas mesyuarat penetapan kadar terbaharu, walaupun ketika AS dan Eropah memperketat dasar mata wang.

    Deflasi adalah teruk untuk ekonomi sebahagiannya disebabkan jangkaan harga merosot tidak menggalakkan perbelanjaan dan menghambat pertumbuhan.

    Data terbaharu keluar sehari selepas Perdana Menteri Shinzo Abe memenangi pemilihan semula sebagai pemimpin parti pemerintah, menyediakannya menjadi perdana menteri yang paling lama memerintah di Jepun.

    Ketika kempen pilihan raya untuk pengundian, Abe berkata beliau mahu ekonomi diperkukuhkan untuk membenarkan bank pusat menamatkan dasar mata wangnya yang amat longgar ‘pada akhir’ penggal tiga tahun baharunya.

    Penganalisis berkata pemilihan semula Abe bermakna kerajaan akan mengambil langkah fiskal yang aktif untuk merangsang ekonomi bersama dengan bank pusat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda