Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nilai vs nafsu: Nilai dapat ditewaskan

    NILAI diibaratkan seperti udara. Manakala kita bebas sama ada mahu menyedutnya ataupun tidak. Ada orang yang bernafas dengan tempo yang pantas dan juga ada orang yang bernafas dengan tempo perlahan. Kita dapat menyedut udara sedikit, ataupun menyedut udara dalam-dalam ke dalam paru-paru kita. Ironinya, kita juga dapat membuat pilihan sama ada tidak menyedut udara langsung. Sekiranya itu pilihan kita, apakah yang akan berlaku?

    Ya, sudah pasti kita tidak dapat bertahan lama. Tubuh kita tidak mendapat bekalan oksigen dan secara saintifiknya fisiologi tubuh kita tidak dapat berfungsi, seterusnya kita akan mati.

    Begitu juga dengan nilai. Ia ada di mana-mana. Ada orang yang ‘menyedutnya’ secara sedikit dan ada pula yang menyedutnya dalam-dalam. Kita mampu menyedutnya dengan pantas, ataupun dengan perlahan-lahan. Bahkan, ada orang yang langsung tidak mempedulikan nilai dalam menguruskan hidup mereka. Apakah yang akan berlaku kepada mereka yang enggan ‘menyedut’ nilai?

    Tanpa bekalan oksigen. Fisiologi badan manusia tidak dapat berfungsi. Begitu juga dengan diri kita yang akan mati. Hidup terasa kosong. Mereka mungkin sibuk dalam hidup, sering berhibur, mempunyai banyak wang tetapi jiwa mereka kosong. Lama-kelamaan, jiwa mereka mati dan kesunyian.

    Oleh itu, apakah yang mampu menyebabkan seseorang itu tidak ‘menyedut’ nilai yang ada di sekelilingnya? Jawapannya adalah kehendak diri. Dalam erti kata lain, nafsu.

    Apakah yang mampu menyebabkan seseorang itu tidak ‘menyedut’ nilai yang ada di sekelilingnya? Jawapannya adalah kehendak diri. Dalam erti kata lain, nafsu. Nafsu, secara ringkasnya adalah kehendak fizikal dan emosional yang ada pada setiap manusia. Antaranya adalah keinginan kepada makanan yang enak, minuman yang menyegarkan, rumah yang besar lagi selesa dan juga keinginan-keinginan lainnya.
    Adakah nafsu itu salah? Jawapannya, tidak secara mutlak. Namun, nafsu dapat menjadi salah sekiranya ia dipenuhi tanpa peraturan. Nafsu yang jahat adalah nafsu yang menguasai cara seseorang berfikir, membuat keputusan dan bertindak.
    Keperluan kasih sayang adalah persahabatan dan keluarga.

    Nafsu, secara ringkasnya adalah kehendak fizikal dan emosional yang ada pada setiap manusia. Antaranya adalah keinginan kepada makanan yang enak, minuman yang menyegarkan, rumah yang besar lagi selesa dan juga keinginan-keinginan lainnya. Selain itu, manusia juga mahu dihormati, disanjung, dipuji, kuasa dan kemenangan.

    Adakah nafsu itu salah? Jawapannya, tidak secara mutlak. Namun, nafsu dapat menjadi salah sekiranya ia dipenuhi tanpa peraturan. Nafsu yang jahat adalah nafsu yang menguasai cara seseorang berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

    Teori keperluan diri

    Manusia diciptakan dengan ‘satu set’ keinginan yang tertentu. Kita mahukan makanan yang berkhasiat, yang sedap dan yang bertepatan dengan selera kita. Manusia mahukan rumah yang selesa, keluarga yang menyayangi dan keyakinan kepada diri sendiri. Manusia mahu disanjung dan diterima oleh orang di sekeliling. Manusia mahu mengasihi dan dikasihi.

    Setiap orang ada kecenderungan dan keinginan yang berbeza-beza. Sesetengah orang, makanan yang sedap itu lebih penting berbanding rumah yang selesa. Ada yang beranggapan kasih sayang lebih penting berbanding maruah diri dan begitulah sebaliknya.

    Bagaimana mahu memahami berkenaan aspek ini dengan lebih mendalam? Terdapat satu susunan yang menarik oleh Abraham Maslow, seorang pakar psikologi Amerika Syarikat, yang dinamakan sebagai Hierarki Keperluan Asas seperti ini:

    -Keperluan sempurna kendiri = Cita-cita.

    -Keperluan penghargaan = Pujian, sanjungan.

    -Keperluan kasih sayang = Persahabatan, keluarga.

    -Keperluan keselamatan = Perlindungan, pakaian, tempat tinggal.

    -Keperluan asas = Makanan, minuman, kesihatan, udara.

    Hierarki keperluan Maslow

    Sekiranya anda merujuk pada apa yang diatas, anda mendapati peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow terbahagi kepada lima:

    1-Keperluan Fisiologi: Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri ataupun fizikal seseroang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Maslow juga memasukkan seksualiti sebagai salah satu daripada keperluan fisiologi.

    2-Keperluan Keselamatan: Keperluan ini adalah keperluan bagi meneruskan kehidupan. Ia menjadi keinginan asas setiap orang bagi mendapatkan jaminan keselamatan sosial, sama ada dalam sesebuah keluarga, mahupun dalam sesebuah masyarakat. Dengan itu, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada isu keganasan dan kelaparan.

    3-Keperluan Kasih Sayang: Berdasarkan teori Maslow, keperluan ini turut diperlukan bagi mendapatkan hubungan yang mesra, kasih sayang dan perasaan diri. Ia termasuk perasaan mahu dikasihi dan juga perasaan mahu mengasihi. Setiap orang mahukan perhatian, tumpuan, penghargaan dan persahabatan.

    4-Keperluan Penghargaan Kendiri: Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu untuk belajar menerima diri mereka sendiri. Seseorang yang diterima merasai diri mereka sendiri. Seseorang yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilai.

    5-Keperluan Penyempurnaan Kendiri: Penyempurnaan kendiri dapat ditafsirkan sebagai menyedari potensi dan tujuan seseorang itu hidup dalam melakukan sesuatu. Ia berkait rapat dengan kesedaran kepada potensi dan bakat yang ada pada seseorang itu. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran berkenaan kekuatan dan kelemahan diri seseorang itu. Ini bermakna seseorang yang sudah mencapai peringkat ini sudah dapat memenuhi keperluan bagi mendapatkan keindahan dan estetika. Dia sudah dapat memahami sepenuhnya makna hidup dan dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain. Dia berasa gembira dengan nikmat hidup di samping berupaya menggunakan kebolehannya dengan semaksimum mungkin.

    Senarai di atas tidak semestinya tepat, namun mungkin dapat dijadikan panduan kepada kita dalam memahami struktur keperluan asas manusia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda