Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nina Dobrev selesa tampil tanpa solekan

    AKTRES jelita Nina Dobrev, 28, sering tampil menawan walaupun tanpa solekan. Wanita yang mencipta nama menerusi filem Fugitive Pieces dan drama The Vampire Diaries itu tidak risau berada di khalayak ramai dengan wajah aslinya.

    Tahun ini dia antara lima artis yang muncul dalam majalah People Style dengan wajah polos. Keberanian pelakon itu menghadiri sesi fotografi untuk hiasan muka depan majalah berkenaan menjadi sebutan peminat.

    Katanya, sejak dulu lagi dia menerima kekurangan diri dengan hati terbuka. Dia selesa dengan kulit serta fizikalnya walaupun kadang-kala ada segelintir pihak yang mengkritik.

    “Saya berharap semua wanita dapat menerima diri mereka seadanya tanpa perlu prejudis terhadap diri sendiri. Tapi saya lihat terlalu ramai anak muda yang ingin kelihatan menarik seperti selebriti.

    “Terlalu ramai anak muda terutama wanita menginginkan diri mereka sentiasa jelita walaupun baru bangun tidur. Mereka terlalu obses untuk kelihatan cantik seperti selebriti.

    Nina Dobrev bakal muncul dalam filem triler Flatliners.

    “Perasaan itu akan menimbulkan rasa kurang puas hati terhadap diri sendiri sekali gus menyebabkan rasa rendah diri. Mereka akan terperangkap dalam emosi itu.

    “Sebab itu saya bersetuju untuk menyertai kempen ‘People’s Most Beautiful’. Saya dengan bangga menunjukkan kepada umum bahawa saya tetap yakin tampil tanpa solekan,” katanya.

    Pelakon yang bakal muncul dalam filem triler Flatliners itu berkata, dia bukan anak seni yang menggunakan solekan setiap hari untuk menutup cela pada wajahnya. Menerusi laman sosial Instagram juga, Nina sentiasa berkongsi gambarnya dengan wajah asli. Ketika berada di rumah dan ingin berkongsi sesuatu dengan peminat, Nina tidak ada masa untuk mencantikkan dirinya.

    “Menerusi Instastory, saya tidak ada masa untuk bersolek semata-mata ingin tampil cantik. Saya akan menekan butang video dan berkongsi rakaman itu dengan pengikut di Instagram.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda