Nintendo alih penghasilan Switch ke Vietnam

TOKYO, 9 JULAI – Nintendo Co. merancang untuk menghasilkan konsol permainan videonya, Switch ke Vietnam tahun ini, memindahkan sebahagian pengeluarannya dari China, seorang jurucakap syarikat itu menjelaskan hari ini.

Pegawai tersebut yang bercakap seperti kelazimannya tanpa mengenalkan diri, mengatakan perubahan itu sudah pun dilaksanakan dalam beberapa tempoh, bagi mengurangkan risiko kerana pengeluaran di sebuah negara sahaja. Dia menafikan ia adalah respons langsung terhadap pergeseran perdagangan meningkat antara AS dan China.

Dia bagaimanapun enggan memberikan butiran terperinci mengenai pengilangan atau tapak pengeluaran di Vietnam, memetik ia adalah dasar syarikat.

Menurutnya pengeluaran akan bermula pada musim panas ini namun enggan memberikan tarikh sebenar.

Harian perniagaan utama Jepun, Nikkei melaporkan hari ini bahawa langkah itu dipacu oleh kebimbangan bahawa tarif AS ke atas barangan dikeluarkan di China mungkin menjejaskan jualan peralatan permainan itu.

Kira-kira 40 peratus jualan tahunan Switch adalah dari AS dan 20 peratus lagi di Jepun. Semua pengeluaran setakat ini dibuat di China. – AP

Seorang wanita berjalan melepasi poster iklan Nintendo di Tokyo, Jepun, 9 Julai. Syarikat itu mengatakan ia akan mengalihkan pengeluaran konsol permainan video Switch ke Vietnam tahun ini, memindahkan sebahagian pengeluarannya dari China. – AP