Nintendo buka kedai pertama di Tokyo

TOKYO, 19 NOV – Nintendo minggu ini membuka pintunya kepada gedung beli-belah serba guna pertama di Tokyo, menawarkan segala-galanya dari cawan Super Mario hingga beg tangan jenama Zelda menjadi sebahagian daripada kompleks permainan baharu di tengah bandar itu.

Didirikan di gedung beli-belah yang direka semula di lantai pertama beberapa minit dari Daerah Shibuya yang terkenal, ruang kedai runcit gergasi itu juga termasuk kedai-kedai menjual barang niaga dari beberapa nama terkenal dalam permainan termasuk Capcom dan Pokemon.

Cawangan Nintendo itu adalah kedai permainan pertama terbesar yang beroperasi di Jepun dan yang kedua di seluruh dunia selepas kedai serupa di New York.

“Anak muda dan orang asing sering datang ke Shibuya. Kami memilih lokasi ini adalah untuk menarik pelbagai lapisan masyarakat,” kata pegawai Nintendo dalam previu media sebelum dibuka rasmi pada Jumaat. – AFP

Barangan karakter permainan Nintendo, Mario dipamerkan di kedai baharu Nintendo semasa previu media di Tokyo pada 19 November. – AFP