Nintendo catat keuntungan AS$1.5 bilion

TOKYO, 4 NOV – Keuntungan pengeluar permainan video Jepun Nintendo merosot 19 peratus dalam separuh tahun fiskal pertama berbanding tahun sebelumnya, apabila ia menerima rangsangan besar ketika orang ramai yang terkandas di rumah akibat pandemik koronavirus beralih kepada produknya.

Nintendo Co hari ini melaporkan keuntungan berjumlah 171.8 bilion yen (AS$1.5 bilion) untuk tempoh April-September, merosot daripada 213 bilion yen dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jualan separuh tahun fiskal merosot 19 peratus kepada 624 bilion yen. Ia tidak memberikan angka pecahan suku.

Nintendo, yang berada di sebalik permainan Super Mario dan Pokemon, adalah antara syarikat global yang menerima rangsangan daripada pandemik dengan menyediakan hiburan di rumah.

Ia merupakan sebab Nintendo menikmati jualan kukuh permainan ‘Animal Crossing: New Horizon’ dalam tempoh April-September pada tahun sebelumnya. Momentum tersebut adalah sukar dikekalkan sehingga tahun ini, walaupun permainan itu amat popular sehingga ia juga merangsang jualan mesin Nintendo Switch.

Namun kekurangan cip komputer berpunca daripada pandemik telah menjejas pengeluaran mesin berkenaan. Nintendo mengurangkan ramalannya untuk jualan perkakasan Switch untuk separuh tahun fiskal kedua sebanyak 1.5 juta unit kepada 24 juta.

Cuti akhir tahun adalah penting untuk jualan Nintendo. Setakat ini, Nintendo telah menjual hampir 9.3 juta mesin Nintendo di seluruh dunia, termasuk versi Switch Lite.

Nintendo menjangkakan keuntungan 350 bilion yen untuk tahun fiskal penuh sehingga Mac 2022, merosot 27 peratus berbanding tahun fiskal sebelumnya. – AP

Seorang lelaki berjalan di depan poster Nintendo di Tokyo. Nintendo mengumumkan keuntungan separuh tahun fiskal pertama merosot 19 peratus berbanding setahun sebelumnya. – AP