Nintendo catat keuntungan luar biasa AS$1 bilion suku pertama

TOKYO, 6 OGOS – Nintendo meraih keuntungan bersih AS$1 bilion dalam suku pertama, katanya hari ini, dengan para pemain terperuk di rumah semasa pandemik koronavirus sehingga mendorong permintaan luar biasa bagi industri terbabit.

Krisis kesihatan global telah mengalami kesan ekonomi yang terjejas teruk dalam semua jenis industri namun sektor permainan (gaming) telah mendapat faedah lockdown yang mengarahkan orang ramai duduk di rumah di seluruh dunia. Nintendo berkata ia mengaut 106.5 bilion yen selama tiga bulan hingga Jun, lebih enam kali ganda peningkatan dari 16.6 bilion yen setahun awalnya.

Penjualan berganda kepada 358 bilion yen ketika permintaan bagi konsol Switch popular menunjukkan peningkatan, malah ketika peranti itu memasuki tahun keempat penting sejak pelancarannya.

“Penjualan bagi keseluruhan kumpulan Nintendo Switch meningkat 166.6 peratus setahun ke setahun kepada 5.68 juta unit,” kata firma tersebut, merujuk kepada Switch original dan Switch Lite. Sebelumnya, Bloomberg News melaporkan firma itu meningkatkan sasarannya bagi pengeluaran Switch sekitar 25 juta unit bagi fiskal tahun ini daripada 22 juta set pada April, untuk memenuhi permintaan memberangsangkan. – AFP

Permainan video Nintendo Switch dipamerkan di sebuah kedai di Tokyo pada 6 Ogos. – AFP