Nintendo perkenal konsol Switch lebih kecil, murah

TOKYO, 11 JULAI – Gergasi permainan Nintendo memperkenalkan versi lebih kecil dan murah konsol Switch yang dijangka dikeluarkan pada September ini, menjelang musim cuti utama.

Switch Lite yang akan dijual pada harga AS$199.99 adalah peralatan pegangan yang tidak boleh digunakan dengan set televisyen.

Ia akan dijual bermula 20 September, menurut syarikat berpusat di Jepun itu dalam kenyataan yang dikeluarkan semalaman. Tidak seperti konsol sedia ada, sebuah konsol hibrid yang boleh dimainkan secara dipegang atau digantung di skrin televisyen, edisi terbaharu kawalan konsol itu akan terpasang kekal di mana-mana belah skrin.

Ia cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam poket jaket orang dewasa. – AFP