Nippon Steel tuntut saman dari Toyota atas hak paten

TOKYO, 15 OKT – Syarikat Nippon Steel menuntut saman dari syarikat Toyota Motor atas hak paten untuk teknologi yang digunakan dalam motor elektrik dalam kes perbalahan undang-undang antara pembuat keluli dan pembuat kenderaan terkemuka itu ke atas harta intelek.

Nippon Steel berpangkalan di Tokyo telah memfailkan tuntutan tersebut kelmarin di mahkamah daerah Tokyo, menuntut ganti rugi berjumlah AS$177 juta. Dalam tuntutan mahkamah tersebut juga disebutkan syarikat Baoshan Iron & Steel atau Baosteel, pembuat keluli China yang menghasilkan dan membekalkan keluli yang diduga melanggar paten.

Toyota mengatakan mereka sangat mengesali tuntutan tersebut, mene-kankan mereka telah memeriksa kemungkinan konflik paten dengan Baosteel. Toyota menganggap Nippon Steel sebagai ‘rakan perniagaan penting’, menyokong industri automotif Jepun selama bertahun-tahun, kata pembuat model Prius hibrid dan Lexus dalam satu kenyataan. Baosteel mengatakan bahawa mereka tidak setuju dengan tuntutan Nippon Steel, menekankan mereka berulang kali berusaha untuk berhubung dengan pembuat keluli itu.

“Kami percaya pengenalpastian paten harus berdasarkan pada per-tukaran dan pengesah teknikal yang ketat dan saintifik antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

“Baosteel akan secara aktif menganggap tuntutan paten teknikal dikemukakan Nippon Steel untuk mempertahankan hak dan kepentingan syarikat.”

Pegawai Nippon Steel mengatakan teknologinya yang berharga adalah penting untuk daya saingnya, kerana dunia beralih ke arah ‘masyarakat yang neutral karbon’ dan inovasi yang mengurangkan pelepasan sangat diperlukan dalam pembuatan keluli. – AP

Syarikat Nippon Steel telah memfailkan tuntutan mahkamah kelmarin terhadap syarikat Toyota Motor di mahkamah daerah Tokyo. – AP