Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Nissan bangunkan kenderaan elektrik di Mississippi

    CANTON, MISSISSIPPI, 18 FEB – Pegawai Nissan Motor Co mengumumkan semalam bahawa syarikat akan membangunkan dua model baharu kenderaan elektrik di Mississippi.

    Syarikat itu berkata ia akan melabur AS$500 dalam kilang pemasangan kenderaan Canton dan akan menambah kemahiran hampir 2,000 pekerjanya di sana.

    Pengeluaran kenderaan Nissan baharu dan Infiniti EV dijadual bermula pada 2025.

    “Pengumuman hari ini merupakan yang pertama daripada beberapa siri pelaburan yang akan memacu revolusi EV di Amerika Syarikat (AS),” kata Ashwani Gupta, ketua pegawai eksekutif Nissan Motor Corp., dalam satu kenyataan akhbar. “Nissan sedang membuat pelaburan kukuh dalam masa depan Canton, memperkenalkan teknologi, latihan dan proses terbaharu untuk mewujudkan kumpulan pengeluaran terbaik dalam kelas EV.”

    Kilang Canton menggaji kira-kira 5,000 orang. Pekerja telah memasang hampir 5 juta kenderaan sejak kilang itu dibuka pada 2003. Model Altima, Frontier, TITAN dan TITAN XD dikeluarkan di sana.

    Negeri Mississippi sedang menyediakan bantuan kepada peningkatan pembinaan, pemasangan peralatan dan latihan tenaga kerja untuk projek kenderaan elektrik Nissan.

    Kenderaan elektrik buat masa sekarang membentuk hanya sebahagian kecil daripada peratusan pasaran AS, tetapi pengeluar kereta utama percaya kenderaan elektrik akan mendominasi industri mereka pada tahun-tahun akan datang ketika kos merosot, teknologi bateri meningkat dan lebih banyak stesen mengecas didirikan. – AP

    Ashwani Gupta bercakap bagaimana kilang pemasangan kenderaan Nissan di Canton akan menjadi pusat untuk pengeluaran kenderaan elektrik di Amerika Syarikat, dan akan melatih 2,000 pekerja serta membangunkan dua model elektrik baharu di Canton, Mississippi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...