Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Dengan kedatangan bulan Ramadan semakin menghampiri, Nissan Brunei telah melancarkan kempen promosi perayaan terbaharu dengan tema Raya Ini Lebih Berjimat yang berjalan dari awal Mac hingga penghujung April.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Nissan menawarkan tawaran eksklusif yang luar biasa untuk model Nissan terpilih di mana melalui promosi raya itu, Nissan menawarkan pilihan pakej jualan untuk dipilih oleh pelanggan.
Pakej tersebut termasuk ansuran percuma sehingga tiga bulan, insurans percuma tahun kedua untuk sebarang pembelian dengan bodykit atau rim tambahan, atau diskaun untuk bodykit dan rim terpilih tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan.
Kempen promosi itu bertujuan memberi kelonggaran kepada mereka yang ingin memiliki Nissan kegemaran sebelum Hari Raya dengan tawaran yang lebih istimewa di mana pengguna boleh mempunyai lebih banyak penjimatan untuk perbelanjaan yang lain.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, bagi 50 pelanggan pertama yang mendaftarkan Nissan serba baharu pilihan mereka semasa tempoh promosi akan layak menerima 70mai Pro Plus A500 Dashcam secara percuma.
Pengurus Pemasaran Nissan Brunei, Han Ming Kwang dipetik berkata, “Kami faham bahawa terutamanya pada musim perayaan yang akan datang ini, akan ada perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan diperlukan terlebih dahulu. Bersama Nissan Brunei, kami menawarkan ansuran kereta percuma secara eksklusif yang membolehkan pelanggan meringankan beban kewangan mereka.
“Mereka boleh mula membayar selepas musim tersebut. Kini adalah masa yang sesuai untuk pengguna mengambil peluang untuk menghadiahkan diri dan orang tersayang dalam mendapatkan kereta Nissan baharu terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri yang akan datang ini,” katanya.
