Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nissan GT-R MY 17 kini di Brunei

    Oleh Sim Y. H. & Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Penggemar kereta lumba khususnya kereta jenama Nissan GT-R berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat model Nissan GT-R terbaru yang dilancarkan bagi pasaran Negara Brunei Darussalam, Nissan GT-R MY 17 di Dewan Pameran Nissan, Beribi.

    Syarikat Boustead Sdn Bhd, hari ini, mengadakan Hari Khazanah (Heritage Day) GT-R di mana ia memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan sendiri evolusi Nissan GT-R menerusi beberapa buah model Nissan GT-R terdahulu yang dipamerkan di dewan pameran berkenaan.

    Nissan GT-R yang turut dikenali dengan nama ‘Godzilla’, mempunyai sejarah yang menarik dalam dunia sukan motor dengan terus mengekalkan motonya ‘Anyone.Anywhere.Anytime’.

    Pelancaran model berkenaan bagi pasaran negara ini telah diadakan dalam majlis penuh meriah di bilik pameran berkenaan, malam tadi, yang dihadiri oleh pemilik-pemilik Nissan GT-R sedia ada dan para jemputan.

    Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee semasa berucap di majlis pelancaran berkenaan berkata, Nissan GT-R yang juga dikenali dengan nama ‘Godzilla’ kini memasuki model tahun 2017 yang mempunyai banyak perubahan berbanding dengan model-model sebelumnya.

    Orang ramai berkunjung ke Dewan Pameran Nissan untuk melihat dengan lebih dekat kereta Nissan GT-R MY 17 yang dipamerkan semasa acara Hari Khazanah, semalam.
    Orang ramai berkunjung ke Dewan Pameran Nissan untuk melihat dengan lebih dekat kereta Nissan GT-R MY 17 yang dipamerkan semasa acara Hari Khazanah, semalam.
    Lim Jin Lee semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran Nissan GT-R MY 17, Sabtu lalu.
    Lim Jin Lee semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran Nissan GT-R MY 17, Sabtu lalu.
    Nissan GT-R yang juga dikenali dengan nama ‘Godzilla’ kini memasuki model tahun 2017 yang menampilkan beberapa pembaharuan.
    Nissan GT-R yang juga dikenali dengan nama ‘Godzilla’ kini memasuki model tahun 2017 yang menampilkan beberapa pembaharuan.

    Dalam ucapannya itu, beliau juga menekankan visi Nissan untuk maju ke hadapan dengan bertemakan ‘Kenderaan Tanpa Emisi, Tanpa Kematian di Jalan Raya’ sebagai Nissan Intelligent Mobility yang bermaksud teknologi inovasi keselamatan Autonomous.

    Model terkini Nissan GT-R MY 17 membawa beberapa pembaharuan serta diberikan rekaan baru sejak R35 mula diperkenalkan ke pasaran Brunei pada 2009.

    Kereta itu mengetengahkan enjin 3.8 liter V6 24-valve Twin-Turbocharged yang dibina oleh pakar pembina enjin yang mana bukan sahaja Nissan GT-R terbaru mempunyai kuasa yang hebat tetapi rekaan barunya memantapkan lagi prestasi pemanduan kereta berkenaan.

    Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Nissan GT-R terbaru itu dan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai ciri-ciri terbaru model terbaru berkenaan.

    Mereka juga boleh berkunjung ke dewan pameran berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkini bagi model-model kereta Nissan yang lain termasuk Nissan Almera, Nissan Pulsar, Nissan 370Z, Nissan Juke dan Nissan X-Trail.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda