Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Nissan hentikan pengeluaran kenderaan jenama Datsun

    TOKYO, 25 APRIL – Pengeluar kereta Jepun Nissan akan menghentikan pengeluaran kenderaan jenama Datsun, kurang satu dekad selepas memulihkan kereta terkenal itu untuk menarik pelanggan yang ingin kereta kos murah di pasaran membangun, kata syarikat hari ini.

    “Nissan sedang menumpu pada model dan segmen utama yang memberikan paling banyak faedah kepada pelanggan, rakan perniagaan dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Pengeluaran Datsun dan redi-GO akan berhenti di kilang Chennai,” katanya, menambah penjualan model yang telah pun dibangunkan akan diteruskan.

    Kilang di India adalah kilang operasi terakhir untuk jenama itu, selepas pengeluaran dihentikan di Indonesia dan Rusia. Syarikat itu berkata perkhidmatan lepas jualan dan alat ganti masih dikekalkan. Nissan pertama menghapus jenama Datsun pada 1981, tetapi dipulihkan semula pada 2013 oleh CEO Carlos Ghosn.

    Penggantungan kedua Datsun dilaporkan susulan jualan tidak memberangsangkan, dan diadakan ketika Nissan cuba pulih daripada kegawatan ekonomi negara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...