Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Nissan labur AS$17 bilion untuk kereta elektrik

-

TOKYO, 29 NOV – Menjelang 2030, pembuat kereta Nissan mahu separuh daripada hasil jualan globalnya datangnya daripada kenderaan hibrid atau elektrik dan merancang untuk memperuntukkan bilion dolar atas usaha tersebut, umumnya hari ini.

Langkah itu menyusuli jejak pembuat kereta global lainnya yang beralih kepada kenderaan elektrik dan hibrid ketika kebimbangan tentang perubahan iklim semakin memuncak.

Mendedahkan rancangan jangka panjang baharu itu, Nissan berkata ia akan melancarkan 23 model baharu termasuk 15 kenderaan elektrik terkini dalam usahanya untuk mencapai matlamat 2030.

Tahun lalu, hanya sekitar 10 peratus jualan global Nissan adalah EV atau hibrid dan firma itu berkata sasaran baharu akan membantunya mencapai keneutralan karbon sepanjang kitaran hayat produknya menjelang tahun 2050.

Nissan telah dilanda oleh beberapa siri masalah tahun kebelakangan iaitu daripada permintaan lemah sebelum pandemik hingga kesan sampingan daripada penangkapan bekas ketua Carlos Ghosn.

CEO Nissan Motor, Ashwani Gupta bergambar dengan kereta konsep EV syarikat itu di Yokohama pada 29 November. – AFP

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Makoto Uchida berkata rancangan jangka panjang mengumumkan hari ini akan ‘mentransformasikan Nissan menjadi sebuah syarikat mapan’.

Ia adalah langkah yang dilihat dalam seluruh industri auto dengan Volvo, Sweden berjanji untuk mengalihkan semua jualannya daripada kereta bahan api menjelang 2030, manakala Honda, Jepun menetapkan sasaran sama menjelang 2040.

Toyota berkata menjelang 2030 semua kenderaan ia jual di Eropah akan menjadi model elektrik atau hibrid dengan matlamat sekitar 70 peratus di Amerika Utara dan 100 peratus di China menjelang 2035.

Nissan berkata 20 daripada model elektrik baharunya akan memasuki pasaran lima tahun akan datang, menetapkan sasaran 75 peratus jualan kereta elektrik di Eropah pada fiskal 2026.

Pembuat kereta Jepun berkata ia akan melabur dua trilion yen (AS$17.5 bilion) lima tahun akan datang untuk mempercepatkan elektrifikasi, dihasratkan untuk melancarkan kenderaan elektrik bersama proprietari bateri pada tahun 2028. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -