Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Nissan Magnite SUV kompak tampil bergaya

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Saat penantian bagi para penggemar kereta keluaran Nissan berakhir apabila Nissan Brunei secara eksklusif melancarkan kereta jenis utiliti sukan (SUV) terbarunya iaitu Nissan Magnite yang berlangsung di Dewan Pameran Nissan Brunei, Beribi, hari ini.

    Pengurus Jualan Nissan Brunei, Haji Shahrum bin Haji Jaafar dalam kata alu-aluannya semasa pelancaran Nissan Magnite berkata bahawa Nissan amat mengambil berat mengenai dengan kualiti produk, keselesaan serta keselamatan penggunanya.

    Beliau menambah bahawa Nissan Magnite yang baru dilancarkan merupakan sebuah SUV yang sesuai bagi semua lapisan pemandu, daripada mereka yang inginkan sebuah kereta keluarga yang selesa kepada mereka yang inginkan sebuah kereta untuk gaya hidup aktif mereka.

    Sementara itu, Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee ketika mengulas mengenai dengan Nissan Magnite berkata bahawa Brunei adalah amat teruja untuk mengalu-alukan SUV terbaharu yang menawarkan kecekapan dalam penggunaan minyak dan prestasi pemanduan yang baik.

    Beliau menambah kereta itu adalah amat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif serta mereka yang sentiasa perlu untuk membawa pelbagai barang. Nissan Magnite, tambahnya, dapat memberikan pengalaman memandu yang bukan sahaja selesa tetapi juga yang menyeronokkan serta dapat memenuhi keperluan pemanduan di kebanyakan jalan tanpa sebarang kesukaran.

    Nissan Magnite menampilkan reka bentuk dan ciri-ciri baharu yang lebih elegan.
    Lim Jin Lee ketika mengulas mengenai Nissan Magnite semasa pelancaran tersebut.

    Beliau menyatakan harapan pelanggan mereka akan merasa amat berpuas hati dengan produk yang cemerlang berkenaan. Nissan Magnite terkini adalah merupakan sebuah SUV kompak yang mempamerkan warisan SUV global Nissan dan juga kepakaran kejuruteraan Jepun yang canggih. Ia direka khusus di Jepun dan telah diuji di pusat ujian bertaraf dunia Nissan, Nissan Tochigi Proving Ground, iaitu pusat ujian yang sama digunakan untuk menguji kereta seperti Nissan GT-R dan Nissan Ariya.

    Nissan Magnite mempunyai nadi penggerak enjin 1 liter turbocharged yang berupaya untuk menghamburkan kuasa kuda 99HP/5,000 dan tork 160Nm/3,600 bagi Magnite Upper MT dan 152NM/4,400 bagi Magnite Premium CVT.

    Pada masa yang sama, rekaan luaran Nissan Magnite juga tidak kurangnya menjadi perhatian dan tarikan bagi para penggemar kereta jenis SUV dengan stail yang berkeyakinan, ceria dan mantap. Bagi pasaran Brunei, Nissan Magmite boleh didapatkan dalam dua variasi iaitu Magnite Upper (Transmisi Manual) dan Magnite Premium (Transmisi Automatik) serta juga datang dalam tujuh warna pilihan termasuk warga dual-tone bagi CVT sahaja iaitu Pearl White / Flare Garnett dengan Black Top serta lima pilihan warna monotone iaitu Storm White dan Flare Garnet Red bagi MT sahaja, Onyx Black, Blade Silver dan Sandstone Brown.

    Pada masa yang sama, Nissan Magnite juga mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang terkini menerusi Nissan Intelligent Mobility di mana ia mengutamakan keselamatan pemandu dan penumpang sebagai sebahagian daripada pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

    Ciri-ciri keselamatan yang diketengahkan adalah termasuk Sistem Anti-Lock Braking (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Hill Start Assist (HSA) dan Vehicle Dynamic Control (VDC).

    Bersempena dengan pelancaran Nissan Magnite, Nissan Brunei juga menawarkan orang ramai yang ingin untuk melihat dengan lebih dekat kereta berkenaan untuk berkunjung ke Dewan Pameran Nissan di Beribi pada 17 dan 18 September.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...