Nissan rancang tutup kilang di Indonesia, Sepanyol

TOKYO, 28 MEI – Pengilang auto Jepun, Nissan, merancang untuk menutup kilang auto di Sepanyol dan Indonesia selepas mengalami kerugian buat pertama kali sejak 11 tahun tatkala pandemik menghambat permintaan global dan menggendalakan pengeluaran.

Ketua eksekutif Nissan berpangkalan di Yokohama, Makoto Uchida, berkata hari ini pengeluaran di Eropah akan berpusat di kilang Britain di Sunderland.

Pengilangan yang kini berpangkalan di Indonesia akan dipindahkan ke Thailand, ketika pengilang auto mengurangkan pengeluaran global sebanyak 20 peratus.

Syarikat Nissan Motor melaporkan sekitar 671.2 bilion yen, atau AS$6.2 bilion kerugian bagi tahun fiskal yang berakhir pada Mac, kerugian tahunan pertama sejak 2009, ekoran krisis kewangan global.

Syarikat itu melaporkan keuntungan 319.1 bilion yen pada tahun fiskal yang berakhir Mac.

Seorang lelaki berjalan melintasi ibu pejabat global Nissan Motor di Yokohama dekat Tokyo pada 27 Mei. – AP

Ia mengatakan pengeluaran kenderaan globalnya merosot 62 peratus pada April dari tahun sebelumnya kepada 150,388 buah kenderaan. Jualan kenderaan global menjunam hampir 42 peratus tahun lalu.

Jualan Nissan bagi tahun fiskal yang berakhir pada Mac ini merosot hampir 15 peratus, kepada 9.9 trilion yen (AS$91.6 bilion).

“Masa depannya masih belum jelas dan ia sangat sukar untuk diramalkan,” kata Uchida, yang menyedari Nissan belum dapat memberi unjuran kewangan untuk tahun fiskal masa ini. Katanya, ia akan disiarkan secepat mungkin.

Namun Uchida berkata Nissan telah menjamin kewangan yang diperlukan dan kos pengurangannya dan pembentukan semula operasinya untuk memulihkan keuntungan, menekankan yang potensi Nissan tetap teguh.

Pembuat kereta itu, pereka kereta elektrik Leaf, kenderaan utiliti sport X-Trail dan model-model mewah Infiniti, berhasrat untuk membina kekuatan terasnya, kata Uchida. – AFP