Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Nissan, Renault semakin hampir capai perjanjian ‘bersejarah’

    TOKYO, 17 JAN – Nissan dan Renault semakin hampir mengembalikan keseimbangan yang ‘bersejarah’ dalam perikatan automatik kedua-dua buah syarikat, dengan satu perjanjian berkemungkinan besar akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, menurut sumber terdekat hari ini.

    Syarikat gergasi dari Jepun dan Perancis itu berusaha untuk memperbaiki hubungan rakan kongsi mereka selama berbulan-bulan, dengan perbincangan termasuk mengurangkan 34.7 saham Renault dalam Nissan.

    Kedua-dua buah syarikat itu bergabung tenaga pada 1999, kemudian disertai oleh Mitsubishi Motors, namun pakatan itu menjadi perbalahan, terutama dalam beberapa tahun kebelakangan.

    Menurut sumber, yang tidak ingin didedahkan, pengarah-pengarah Nissan telah ‘memberikan lampu hijau’ untuk sebuah perjanjian, memberi laluan kepada perjanjian ‘bersejarah’.

    Butiran akhir dijangka akan dimuktamadkan semasa perjumpaan di Jepun pada 26 Januari, dengan penandatanganan dan pengumuman akan dibuat minggu berikutnya, tambah sumber. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...