Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Nkunku rebut pelung bermain di Piala Dunia

    PARIS, 19 JUN – Prestasi hambar Antoine Griezmann membuatkan kedudukannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama bersama skuad kebangsaan Perancis di Piala Dunia nanti terancam dan mungkin dirampas oleh Christopher Nkunku.

    Jika Griezmann terus bergelut dalam dua perlawanan antarabangsa pada September, jurulatih Perancis, Didier Deschamps mungkin akan memilih Nkunku apabila Perancis memulakan misi mempertahankan kejuaraan di Qatar pada November nanti.

    “Kedua-dua pemain mempunyai profil yang berbeza. Christopher mungkin lebih kepada penyerang berbanding Antoine, yang gaya permainannya lebih kepada seorang perancang,” kata Deschamps baru-baru ini. “Dari segi atletik mereka sangat berbeza, bukan sahaja dari segi saiz dan fizik.”

    Nkunku, 24, adalah seorang pemain yang pantas dan berkemahiran tinggi yang beraksi sebagai seorang penyerang atau di bahagian pemain tengah menyerang. Dia diundi sebagai pemain terbaik liga Jerman oleh rakan pemain yang lain musim lalu selepas meledak 35 gol secara keseluruhan dan membuat 14 assist di liga. Sebagai perbandingan, Griezmann gagal menyumbang sebarang gol untuk Perancis atau Atletico Madrid sejak awal Januari.

    Nkunku dipilih berbanding Griezmann dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Croatia pada Isnin. Dalam perlawanan terdahulu bertemu Austria, Nkunku diturunkan dari bangku simpanan dan berjaya membantu Kylian Mbappe untuk menjaringkan gol penyamaan.

    Gaya permainan ditunjukkan Nkunku membolehkan Perancis untuk bermain mendapatkan gol secepatnya.

    “Christopher sangat bagus di udara meskipun dia bukan seorang pemain yang tinggi tetapi mampu melakukan lompatan yang baik. Dia juga dapat membuat larian ke kawasan kosong,” kata Deschamps. “Antoine juga mampu melakukan perkara yang sama namun dia lebih suka terlibat dalam proses menyerang.”

    Selama bertahun-tahun, Deschamps jarang menggugurkan Griezmann tetapi disebabkan persembahannya baru-baru ini, dia telah dikeluarkan selepas 63 minit bermain di Austria. – AP

    Aksi Christopher Nkunku semasa menentang Croatia di Liga Negara-Negara Isnin lalu. Nkunku mungkin akan menggantikan Griezmann di Piala Dunia sekiranya pemain itu terus bergelut dengan prestasinya.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...