Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    NLD kutuk hukuman ke atas Suu Kyi

    BANGKOK, 1 JAN – Parti politik yang dipimpin oleh pemimpin Myanmar yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi mengutuk hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dan kelmarin berkata ia akan terus membantah keputusan mahkamah junta.

    Suu Kyi dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas dakwaan rasuah pada Jumaat dalam perbicaraan terbaharu di mahkamah junta.

    Pemenang Hadiah Nobel itu kini dihukum penjara 33 tahun secara keseluruhan.

    Bekas presiden dan sekutu Suu Kyi, Win Myint turut menerima hukuman sama pada Jumaat.

    Hakim yang dilantik oleh junta “tidak menghormati undang-undang,” kata jawatankuasa Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) dalam satu kenyataan.

    Seorang pembantah memegang poster Aung San Suu Kyi semasa demonstrasi di Yangon 15 Februari 2021.- AFP

    Win Myint dan Aung San Suu Kyi “berusaha untuk pembangunan negara semasa berkuasa, dan mereka bekerja mengikut undang-undang.”

    NLD “akan terus berusaha untuk rakyat…untuk membebaskan semua tahanan politik, mengusir diktator tentera dan berjuang untuk keadilan,” tambah kenyataan.

    Tentera telah mendakwa penipuan pengundian secara meluas semasa pilihan raya pada November 2020, yang dimenangi oleh NLD, sebagai alasan rampasan kuasa, yang mencetuskan bantahan besar-besaran dan tindakan keras berdarah.

    Pemantau antarabangsa berkata semasa pilihanya, ia diadakan secara bebas dan adil.

    NLD telah digulingkan oleh rampasan kuasa pada Februari 2021, dengan ramai ahli-ahli kanan bersembunyi atau dipenjara.

    Myanmar menyaksikan pergolakan, sejak junta memusnahkan perkampungan dan mengadakan pembunuhan di luar bidang kehakiman dan serangan udara ke atas rakyat, menurut kumpulan hak asasi.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...