Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    No Uniform Day semai sikap kreatif pelajar

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Suasana persekolahan luar daripada kebiasaan dilihat di Sekolah St Andrew baru-baru ini apabila para pelajar menghadiri sesi persekolahan bukan dengan pakaian seragam tetapi mengenakan kostum watak buku kegemaran ketika sekolah tersebut mengadakan No Uniform Day.

    Disertai oleh murid-murid dari Tadika (KG) 2 hingga Tahun 11, acara tersebut merupakan aktiviti kutipan derma di bawah projek tahunan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) yang bertujuan untuk membantu sekolah dengan kemudahan lebih baik dan merupakan aktiviti menyeronokkan untuk memupuk kreativiti dan keseronokan di dalam kawasan sekolah.

    Pada akhir sesi pagi dan petang, para pelajar yang menang telah diumumkan dengan sesi pagi KG menyaksikan Jahnavi Anikumar dari KG 2 mengambil tempat pertama sementara Awang Ahmad Radhi Raffani bin Haji Mohamad Dinnie dan Roseanna Karki kedua-duanya KG 3 masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

    Pada sesi petang KG, pelajar KG 3, Lavinashree Murugesan memenangi tempat pertama, Alessandro Rafael Pacheco dari KG2 mendapat tempat kedua dan Gillann Lacanlale Sicat dari KG3 berada di tempat ketiga.

    Pemenang-pemenang Bahagian Rendah Bawah jatuh kepada Hensley Tang Chei En dari Tahun 2, Dayang Nur Bazla Fari’ah binti Mohammad Razzimy dari Tahun 3 dan Danson Tion Meng Jie Ye dari Tahun 1 masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga.

    Manakala itu, Miley Tang dari Tahun 6 dinobatkan sebagai juara Bahagian Rendah Atas dan Ayesha Hana Hisham dari Tahun 5 (kedua) dan Bella Lee Tseen Qin dari Tahun 5 (ketiga).

    Juara bagi Bahagian Menengah Bawah jatuh kepada Dariahaifa Delysha dari Tahun 7, manakala tempat kedua dan ketiga diraih oleh Amirahaifa Shaista (Tahun 8) dan Sam Ryan Leong (Tahun 7), sementara bagi Bahagian Menengah Atas, dijuarai oleh Lim Jia Yu dari Tahun 11, Lim Wen Kaey (Tahun 11) berada di tempat kedua dan Gwendolyn dan Darwisyah (Tahun 9) menjadi pemenang ketiga.

    Antara pelajar yang mengikuti aktiviti tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda