Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Noah Cyrus tidak tumpang populariti kakak

    Lahir dalam keluarga berpengaruh dan dikenali ramai tidak memberi jalan mudah buat penyanyi Noah Cyrus untuk memulakan langkah sebagai seorang anak seni.

    Adik kepada Miley Cyrus ini memberitahu dia membina jalan sendiri sejak mula melibatkan diri dalam industri muzik ketika berusia 16 tahun.

    “Saya mahu beritahu bahawa saya memulakan langkah sendiri dalam bidang muzik. Saya lakukan semua tanpa bantuan orang lain.

    “Mungkin orang ramai tidak berfikir begitu tentang saya, namun itulah hakikat sebenar,” ujarnya.

    Dalam masa sama Noah, 22, juga berpendapat pengalaman yang ditempuhi sebelum ini menjadikan dia seorang yang lebih matang dan tahu untuk berhadapan dengan cabaran.
    “Saya melalui waktu sukar sebelum di mana ketika itu saya belum bersedia. Namun itulah yang saya tempuhi.

    “Menjadi artis rakaman pada usia 16 tahun memberi cabaran buat saya berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Itulah yang menjadikan saya lebih matang,” jelasnya. – Agensi

    Noah tidak guna pengaruh keluarga untuk cipta nama. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...