Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Noh meludah ke pentas, bukan penonton

    Renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajah dibasahi peluh hingga mulut kebas, didakwa punca penyanyi, Noh Salleh meludah di pentas Konsert Hausboom Music 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, kelmarin.

    Mengulas rakaman video memaparkan aksi Noh yang tular sejak malam tadi, pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad, berkata ketika itu, berlaku beberapa masalah teknikal yang didakwa menjejaskan persembahan Noh di pentas.

    “Noh sepatutnya tampil dengan gitar. Namun, disebabkan masalah teknikal, dia terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar.

    “Pada masa sama, mikrofon dipegang mengalami masalah. Ketika meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, Noh terkena sedikit renjatan elektrik.

    “Ini terhasil kerana wajahnya dibasahi peluh dan air menyebabkan mulutnya kebas. Bagi mengalih rasa sakit, Noh secara spontan meludah di atas pentas.

    Dakwaan konon Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Sebaliknya, dia meludah atas pentas. – Agensi

    “Dakwaan konon Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Sebaliknya, dia meludah atas pentas.

    “Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan oleh besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton.

    “Jika Noh ludah ke atas, mungkin tempias air liur kena kepada penonton. Sebab itu, Noh tunduk.

    “Namun, jika ada yang terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,” katanya kepada BH Online.

    Sejak malam tadi, tular rakaman video memaparkan aksi Noh meludah di atas pentas ketika membuat persembahan pada Konsert Hausboom Music 2022 di MAEPS, Serdang, kelmarin.

    Aksi Noh mengejutkan peminat yang tertanya-tanya mengapa bekas suami usahawan dan aktivis masyarakat, Mizz Nina menunjukkan gelagat sedemikian.

    Sebelum ini, Noh menimbulkan kekecohan apabila tampil dengan sebatang rokok di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...