Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Noh, Mizz Nina sah berpisah

    Penyanyi Noh Salleh mengesahkan rumah tangga yang didirikanya 11 tahun bersama Mizz Nina sudah berakhir, selepas mengambil langkah mendiamkan diri berhubung status perkahwinannya.

    Noh, 37, mengumumkan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya yang mendedahkan keputusan untuk bercerai dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara dengan teliti sebelum pasangan popular itu bersetuju membawa haluan masing-masing.

    “Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami berdua telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing,” katanya.

    Bagaimanapun, Noh tidak mendedahkan tarikh mereka bercerai.

    Media setempat melaporkan pasagan itu bercerai talak satu dengan lafaz yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 3 Ogos.

    Penyanyi, Noh Hujan, sah bercerai dengan Mizz Nina dengan talak satu. – Agensi

    Difahamkan permohonan cerai difailkan di mahkamah pada 14 Jun lalu.

    Kehidupan pasangan Noh dan Nina atau Shazrina Azman, 42, mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu apabila timbul khabar angin mengatakan kononnya hubungan mereka bagaikan retak menanti belah.

    Noh sebelum ini menafikan dakwaan perkahwinan mereka bermasalah dan menganggap orang ramai telah tertipu dengan berita yang tersebar.

    Bagaimanapun Nina sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram seakan memberi bayangan terdapat masalah dalam rumah tangganya.

    Dalam pada itu, Noh melahirkan rasa syukur kerana dapat menghabiskan masa 11 tahun yang indah bersama-sama Nina mengharungi pelbagai pengembaraan, suka dan duka.

    Walaupun sudah bercerai, Noh berkata mereka masih kekal sebagai kawan dan akan mendoakan kebaikan untuk satu sama lain.

    Penyanyi itu turut menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang perpisahan mereka untuk mengelakkan fitnah.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...