Noki K-Clique, Fatin Afeefa sekadar kawan?

Digosipkan mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Fatin Afeefa, penyanyi rap Noki K-Clique tampil menjelaskan status mereka hanya sekadar kawan rapat.

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 27, berkata, dia dan Fatin pada awalnya merancang untuk bekerjasama dalam sebuah lagu, namun hasrat itu tidak kesampaian atas sebab tertentu.

“Kami memang kawan, saya kenal Fatin sebab kami rancang nak buat lagu, tapi ada sebab-sebab tertentu lagu itu tak jadi. Kami kadang-kadang saja berhubung, kadang-kadang komen di Instagram dan ya, boleh cakap kami rapat sebagai kawan,” katanya kepada wartawan.

Sebelum ini, kedua-dua artis ini digosipkan mempunyai hubungan istimewa kerana sering berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, ditanya tentang Fatin, Noki menyifatkan aktres itu seorang yang comel dan manja.

“Semua orang tahu kalau cakap Fatin tu comel dan bagi Noki dia manis, orang yang manja tapi kami cuma kawan.

Dalam perkembangan kerjaya, Noki berkongsi pengalaman pertamanya berlakon drama Oh My Hantaran arahan Shuhaimi Lua. Dia mengaku berasa janggal dan dalam proses untuk belajar mengurangkan perasaan gemuruh. – Agensi

Noki K-Clique menjelaskan bahawa dia dan Fatin adalah kawan dan sebelum ini merancang untuk membuat lagu bersama namun tidak kesampaian. – Agensi