Noki K-Clique terkejut dapat perhatian artis antarabangsa

Terkejut dan masih tidak percaya, itu reaksi penyanyi rap Noki K-Clique apabila video nyanyiannya dua tahun lalu mendapat perhatian penyanyi rap terkenal Snoop Dogg.

Ahli kumpulan rap K-Clique itu mengakui terharu dengan pujian yang diberikan dan tidak menyangka bintang antarabangsa itu mengambil tahu tentang industri muzik Malaysia.

“Saya baru tahu baru-baru ini, tahu pun daripada instastory orang lain. Tak sangka Snopp Dogg tengok 16 Baris. Benda ni sangat la mengejutkan… unxepected!

“Saya rasa beruntung sebab kebetulan dia screen shot part saya tengah berdiri dan muat naik di Instagram,” katanya kepada wartawan.

Terdahulu baru-baru ini, video persembahan nyanyian rap daripada Bunga, Noki dan Who Si Jay yang dimuat naik di saluran 16 Baris pada tahun 2018 menarik perhatian penyanyi rap terkenal SnoopDogg.

Video yang meraih 3.2 juta tontonan itu juga mendapat pujian daripada penyanyi lagu Ain’t No Fun berkenaan di laman sosialnya.

“Dopeshow with unsing edinter national rappers, (persembahan terbaik daripada bukan artis antarabangsa)” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhawan Aji, 27, berkata, pujian itu sedikit sebanyak menyuntik semangatnya dalam menghasilkan karya yang lebih baik. – Agensi

Noki memberitahu bahawa pujian yang diterimanya sedikit sebanyak memberikan semangat kepadanya untuk menghasilkan karya yang terbaik. – Agensi