HELSINKI, 28 April – Dari apa yang digambarkan oleh CEO sebagai ‘musim suku yang lemah’, pembekal rangkaian yang berpangkalan di Finland, Nokia melaporkan kerugian bersih suku pertama sebanyak 473 juta euro – sedikit peningkatan daripada kerugian tahun lalu sebanyak 623 juta euro.
Rajeev Suri berkata, walaupun keputusan dalam tempoh tertentu telah menunjukkan satu momentum perniagaan yang bertambah baik, jelasnya beberapa cabaran masih ditempuhi.
Jualan bersih syarikat itu jatuh sedikit pada suku kepada 5.4 bilion euro daripada 5.5 bilion euro pada suku pertama 2016.
Nokia berkata penurunan dalam kerugian bersih adalah berpunca daripada kerugian operasi yang lebih rendah.
Suri berkata beliau yakin kira-kira setahun akan datang walaupun dalam keadaan yang tidak menentu percaya Nokia mempunyai daya saing yang kuat dalam pasaran. – AP
