Nokia lantik ketua pegawai eksekutif baharu

HELSINKI, 2 MAC – Ketua pegawai eksekutif Nokia, Rajeev Suri bakal meninggalkan syarikat pembekal alat telekomunikasi tersebut pada bulan September dan beliau akan diganti oleh ketua kumpulan tenaga Finland, Fortum, kenyataan yang diumumkan oleh Nokia hari ini.

Pekka Lundmark akan mengambil alih jawatan tersebut pada 1 September, umum Nokia.

Suri yang dilantik menjadi presiden dan ketua pegawai eksekutif Nokia semenjak April 2014, telah ‘memberi gambaran awal kepada pihak lembaga bahawa beliau akan mengundurkan diri dari jawatan beliau di suatu masa pada masa hadapan, dengan syarat memberikan pelan kukuh kepada pengganti beliau,’ menurut syarikat telekomunikasi tersebut.

“Setelah 25 tahun bekerja dengan Nokia, saya selalu ingin membuat sesuatu kelainan,” menurut Suri. Lundmark yang sebelumnya merupakan ketua pegawai eksekutif Konecranes, ketua pengendalian bahan teknologi global. Terdahulu, dari tahun 1900 hingga 2000, beliau memegang beberapa posisi eksekutif di syarikat Nokia, termasuk sebagai timbalan presiden bahagian strategi dan pembangunan perniagaan di Nokia Networks.

Nokia telah melepasi jangkaan dalam ‘cabaran’ 2019 dan menyatakan keuntungan mereka satu tahun penuh sejak tahun 2015, dengan 7 juta euro.

Mereka telah memperbetulkan semula sistem rangkaian 5G mereka sejak perniagaan telefon pintar mereka telah dipintas oleh Apple dan Samsung. – AFP

Nokia mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rajeev Suri bakal meninggalkan Nokia pada bulan September dan akan digantikan dengan Pekka Lundmark. – AFP