Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Berikutan penutupan kaunternya selama dua minggu bermula kelmarin, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah memaklumkan mengenai nombor perhubungan kaunter-kaunternya yang telah dikemas kini.
Bagi kaunter permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB), orang ramai boleh menghubungi ke Talian Kebajikan 141 atau e-mel ke info@japem.gov.bn manakala itu bagi Kaunter Permohonan Pencen Umur Tua, Elaun Orang Buta, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Kusta dan Elaun Kurang Upaya e-mel ke bahagian.pencen.@japem.gov.bn.
Untuk kaunter Pendaftaran Pusat Penjagaan Kanak-kanak boleh menghubungi talian 2380704 atau e-mel ke childcarecentre@japem.gov.bn, kaunter pendaftaran anak yatim e-mel ke info@japem.gov.bn, perkhidmatan kaunseling boleh menghubungi talian 2333141 atau e-mel ke kaunseling@japem.gov.bn. Bagi kaunter perkhidmatan pentadbiran dan kewangan bolehlah menghubungi talian 2331874, kaunter cawangan JAPEM Kuala Belait di talian 3331590, kaunter cawangan JAPEM Tutong di talian 4221040, dan kaunter cawangan JAPEM Temburong di talian 5221563 atau e-mel ke info@japem.gov.bn.
Manakala itu, bagi kaunter Pusat Bahagia Brunei dan Muara, orang ramai bolehlah menghubungi talian 8352315 atau e-mel ke pb.bm@japem.gov.bn, Pusat Bahagia Tutong di talian 4220264 atau e-mel ke pb.tutong@japem.gov.bn, Pusat Bahagia Temburong di talian 5221643 atau e-mel ke pb.temburong@japem.gov.bn dan Pusat Bahagia Eric Goh Kuala Belait di talian 331827 atau e-mel ke pb.ericgoh@japem.gov.bn. Sebarang dokumen yang berkaitan boleh dihantar dan dimasukkan ke dalam peti khusus di Ruang Legar Tingkat 1, KKBS dan peti khas yang disediakan di semua cawangan JAPEM di daerah-daerah.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.japem.gov.bn atau hubungi talian 24 jam JAPEM iaitu 141 atau Talian ANAK 121 pada bila-bila masa.