Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Nombor plat Piala Dunia FIFA dijual AS$500,000 di Qatar

    DOHA, 29 MEI – Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (AS$495,000), lapor Sputnik.

    Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

    Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat “333355” dijual dengan harga 200 juta riyal (AS$55 juta).

    Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...