Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nonaka lelaki tertua di dunia

    TOKYO, 10 April – Masazo Nonaka dari Jepun telah diisytiharkan hari ini sebagai lelaki tertua di dunia pada usia 112 tahun, dengan keluarganya mendedahkan rahsianya iaitu memakan manisan dan mandi dengan air panas.

    Nonaka, dilahirkan pada 25 Julai 1905, beberapa bulan sebelum Albert Einstein menyiarkan teorinya mengenai teori khas relativiti, telah menerima sijil daripada Guinness World Records di rumahnya di Hokkaido, utara Jepun.

    Supercentenarian (manusia yang hidup melebihi 100 tahun) itu tinggal bersama keluarganya, yang juga mengendalikan sebuah penginapan air panas.

    “Dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak akan tetapi dia dalam keadaan baik,” kata Yuko Nonaka, cucu perempuannya.

    Nonaka (kanan) menerima sijil daripada Guinness World Record sebagai lelaki tertua di dunia pada satu majlis di Ashoro, Hokkaido, Jepun. – AP

    “Dia suka memakan pelbagai manisan, sama ada dari Jepun atau barat. Dia membaca akhbar setiap hari dan sering kali berendam dalam air panas.” katanya kepada AFP.

    Nonaka mempunyai tujuh orang adik-beradik lelaki dan seorang kakak yang tinggal di kawasan berdekatan di bandar Ashoro di Hokkaido.

    Menurut Guinness World Record, dia telah berkahwin dengan Hatsuno pada 1931 dan pasangan itu dikurniakan lima orang anak.

    Nonaka secara rasminya merampas gelaran itu selepas Francisco Nunez Olivera dari Sepanyol yang meninggal dunia Februari lalu pada usia 113 tahun, tambah pertubuhan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda