Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dayang Nooralifah binti Haji Mantok membawa pulang pakej pelancongan ke Barcelona, Sepanyol apabila diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Beko FCB Barcelona.
Cabutan bagi memilih tujuh pemenang bertuah bagi kempen yang bermula pertengahan Mei 2019 hingga penghujung Januari 2020 berkenaan telah berlangsung di Ibu Pejabat Intracorp, Gadong, hari ini.
Majlis menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh Chua Hee Hong dan Salwa Tarif di tempat kedua yang masing-masing memenangi peti sejuk Beko dan Beko 10kg Top Load Washer manakala itu, di tempat ketiga, Dayang Siti Hazizah binti Masri membawa pulang Beko Kitchen Machine.
Kempen dianjurkan oleh Intracorp (B) Sdn Bhd yang merupakan penjual dan pembekal barangan elektronik dan perabot berjenama Samsung, Philips, Mistral, Mayer, Kitchenaid, Ariston, Beko dan Akira.





























