Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Noorkhiriah rangkul anugerah ASA22

Malam pertama penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA22) telah menyaksikan sebanyak 38 anugerah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Dalam senarai penerima anugerah itu, pelakon Hilal Azman telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Amanat, manakala kategori wanita pula menjadi milik Nabila Huda menerusi drama Jeti.

Kategori Pelakon Komedi TV Terbaik turut mencuri tumpuan apabila trofi itu menjadi milik pelakon Noorkhiriah menerusi drama Madu yang disiarkan di saluran TV Okey.

Mengulas kemenangannya itu, Noorkhiriah berkata ia merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna sepanjang penglibatannya sebagai anak seni.

“Kali terakhir saya menang anugerah pada tahun 2011. Ini amat bermakna buat saya sebagai pelakon. Belum ada rezeki untuk filem tapi untuk drama TV sudah cukup.

Noorkhiriah berasa bersyukur atas kemenangannya pada malam Anugerah Seri Angkasa 2022. – Agensi

“Saya pun tak sangka menang sebab ramai pesaing yang hebat-hebat malam ini. Anugerah ini jadi pembakar semangat untuk terus berlakon,” katanya kepada mStar.

Penganjuran ASA22 kali ini bertemakan Kemuncak Kecemerlangan sempena Sambutan Jubli Emas anugerah tersebut.

Sebanyak 72 kategori dicalonkan iaitu 43 kategori TV, 22 kategori radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa.

Pemenang membawa pulang trofi berserta wang tunai RM5,000.

ASA22 malam pertama dihoskan oleh Awal Ashari dan Jeed Zulkefli.

Antara penyanyi yang turut membuat persembahan pada malam itu adalah Nikki Palikat, Idayu, Salma Asis, Naqiu, Azlan & The Typewriter, Stacy dan Akim.

Malam kemuncak anugerah itu berlangsung pada Ahad lalu dengan penyampaian 34 kategori utama yang memberi pengiktirafan kepada pener-bitan rancangan televisyen. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -