Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Nora Danish kini lebih peka dengan penampilan

    Penampilan Nora Danish sering menjadi tumpuan warganet sehinggakan pelakon itu menjadi mangsa kritikan kerana ramai menganggap imejnya seksi.

    Tidak mudah melatah dengan kritikan yang diterimanya, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 40, beranggapan masyarakat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang dirinya.

    “Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari masalah dengan warganet sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

    “Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat. Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa,” katanya kepada mStar.

    Nora ditemui ketika majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin di Dadi Pavilion, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Menyedari kehidupan sebagai seorang selebriti sering menjadi perhatian, Nora bagaimanapun tidak pernah merasakan pakaian digayakannya keterlaluan dan seksi seperti diperkatakan.

    Nora menyedari kehidupan sebagai selebriti sentiasa menjadi perhatian. – Agensi

    “Saya pun kalau boleh tak nak seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi,” katanya. Dalam pada itu, Nora memberitahu dia bersyukur kerana suaminya iaitu Nedim Nazri Aziz sentiasa tenang apabila dirinya berdepan dengan kecaman warganet.

    “Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘what ever la’ dan okey saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.

    “Jadi dia kena faham tentang selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang sahaja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.

    “Saya pun kata, inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama sokong. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif,” ujarnya.

    Sementara itu, pelakon drama Puteri Reunion ini mengakui komen dan kritikan warganet banyak memberi kesedaran kepadanya dalam soal berpakaian.

    “Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak terlalu seksi.

    “Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil sambil lewa, sebab apa warganet kata ada baiknya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...